↓Laman ko alah sah
BERSIMBAH DARAH
Padi pulut dari Talu
Dibawa orang ke Melampah;
Daripada hidup disungkup malu
Eloklah mati berkalang tanah.
Kononlah Siti Jamilah, keluh kesah menahan hati, lalu berpantun sendiri:
“Batang keladi batang talas
Dimakan uratnya oleh si Lago;
Nak senang hati Tuanku Lareh
Biarlah mati kami bertiga.
Tidak denai sangka rigo-rigo
Pipit senandung makan padi;
Tidak denai sangka seperti nangko
Pisau dikandung makan hati.”
Ia membuka lemari kaca, dibukanya peti yang besar, diambilnya pisau rencong Aceh, dikeluarkannya pakaian, tiga pasang untuk bersalin, dipakaikan pada anak keduanya.
Sesudah ia berganti baju, dibawanya Asamsudin dan Darama, berdiri ke cermin besar, berkata Siti Jamila semasa itu.
45