Lompat ke isi

Halaman:Tuanku Lareh Simawang.pdf/58

Dari Wikibasurek
↓Laman ko alah sah

“Anak kandung Asamsudin dan Darama, dengarkan oleh kalian baik-baik, relakan nyawa kalian keduanya.

Ijuk mansi25 sanga26-nya mansi
Menganyam denai serayakan
Di balai anak ‘rang Batusangkar;
Esok mati kini akan mati
Elok kini direlakan
Nak bersenang hati nan tingga.”27

Oleh si Siti Jamilah, ditutup pintu semuanya, disingkapkanlah kelambu, tidurlah mereka bertiga, di kiri Siti Darama, di kanan si Asamsudin.

Agaklah Siti Jamilah, ia berusuh-rusuh hati jua, lalu berkatalah ia, “Tidurlah anak kandung keduanya, tidurlah nak denai nyanyikan:

Orang berhelat di tengah sawah
Di sawah orang Bengkulu;
Ajal sampai besarlah sudah
Tidak pada siapa kan mengadu.”

Berkata-kata juga sedang menangis, basahlah bantal sebuah, berpantun-pantun jua semasa itu:

“Anak buaya di dalam tebat
Mati dibunuh anak ‘rang Talang
Bangkai dibuang ke muara;
Harap bersuami orang berpangkat
Disangka hidup akan senang
Kiranya diberi tuba.

Berladang orang Bingkudu
Ditanam biji mangga pauh
Boleh dipangku di pasiang;28
Sedari kecil anak denai pangku
belum besar sudah denai bunuh
Nak senang hati Lareh Simawang.

25) tumbuhan yang daunnya dibuat nila
26) sangar
27) Tinggal
28) dibersihkan

47